Kompleks Kraf Johor

Masa nak keluar dari Galeri Tenun Johor, mulut sis saja lah tanya di kaunter "Kat sini takde ke buat demo cara tenunan kain?".

Sekali dia jawab ada selalunya, tapi sekarang ni diorang tengah jaga pameran di Kompleks Kraf Johor. Kalau pergi sana, selain tengok demo tenunan ada pameran lain juga seperti pembuatan kraf berasaskan mengkuang, alat musik tradisional dan permainan tradisional.

Apa lagi, terus buka maps nak cek location. Ok, boleh pergi ni sebab 9 minit je jaraknya dari Yayasan Warisan Johor. Tanya Kak Sabrina, nak pergi sekali tak? Geng-geng lain pun ok je. Jadi kami terus terjah ke Kompleks Kraf Johor di Larkin.

Kat sini memang best sangat. Sebab ada aktiviti yang kita boleh join sama. Layan gambar jom!



Main sumpit buluh. 


Irfan berjaya selepas beberapa kali percubaan. Syabas, Irfan!


Bola Rotan. Balingkan bola rotan masuk ke dalam bekas. Iman suka main ni. 


Gelang Rotan. Irfan suka main ni. Kena pandai seimbangkan balingan. Tak boleh kuat sangat, dan tak boleh perlahan sangat. 


Adik yang sentiasa support abang. 


Lupa apa nama mainan ni. Puzzle kayu kot? Hahaha. Kena bentukkan ikut manual yang disediakan. Irfan dan Iman dua-dua pun suka buat ni. Nanti nak cuba belikan untuk mereka main bersama. 


Demo cara-cara menenum kain songket. 



Angklung! Best woo main benda ni. 


Aktiviti membuat wau tradisional. 

Baju tradisional dari kulit kayu pokok terap.



Cara membuat angklung.


Produk berasaskan pokok mengkuang.



Cara-cara kompang dihasilkan, menggunakan kulit kambing.


Aktiviti Kanak-Kanak : Pembuatan kompang mini (RM 15 sahaja)




Angklung besar! Best sangat main ni. Bunyi angklung ni sedap sangat.


Mak pun nak cuba juga. Berangan nak ada sebuah kat rumah. Hahaha.


Sekian sahaja aktiviti pembelajaran kami di luar bilik darjah. Belajar secara praktikal, melalui pengalaman. Nantikan aktiviti kami berikutnya!

Comments

Popular Posts