Yayasan Warisan Johor

Aktiviti kami hari ni adalah lawatan ke Yayasan Warisan Johor dan Kompleks Kraf Johor (banyak sangat gambar, kena asingkan pada post berikutnya). Million thanks to Kak Sabrina for organizing this event. Budak-budak seronok sangat, kami dapat belajar tentang kesenian berasaskan arang dan tentang asal usul industri tenunan kain di Tanah Melayu yang tercinta. Jom kita tengok apa yang best kat sini!


Aktiviti Pertama : Pameran Lukisan Berasaskan Arang

Kagum sangat bila masuk sini. Ada lebih dari 1000 buah lukisan berasaskan arang yang dipamerkan di galeri ini. Siapa sangka pakai arang pun boleh hasilkan bermacam aneka lukisan yang gempak-gempak dan nampak hidup. Jom kita tengok!



Ambil gambar sewaktu ketibaan.


Sesi penerangan ringkas oleh pihak YWJ. 



















Lukisan Ultraman pun ada tau. 



Aktiviti Kedua : Sgraffito Art by Cikpuan Nisa

Canggihkan nama dia? Kalau nak tahu inilah nama seni yang kita buat dulu masa sekolah. Nanti cikgu suruh warnakan kertas lukisan guna krayon warna-warni. Lepas tu warnakan hitam atasnya. Bila dah siap lorekkan lidi, dan terhasillah lukisan berwarna warni. Tak faham? Tengok contoh di bawah senang. Hehehe.

Nasib baik baby behave sangat, tidur je sepanjang program. 


Tekun melukis ikut suka hati diorang. 


Irfan cakap ini ulat bulu. Comel betul ulat bulu dia gemuk dan pendek. Hahaha.


Kawan-kawan yang turut serta lawatan hari ni. 






Aktiviti Ketiga : Lawatan ke Galeri Tenun Johor

Selesai sahaja Sgraffito Art, kami teruskan lawatan ke Galeri Tenun Johor. Bangunan ini merupakan bekas kediaman rasmi Tunku Fatimah adinda kepada Sultan Ibrahim sebelum didiami anakandanya Tunku Meriam. Dulunya bangunan ini adalah Galeri Mawar. Mawar merupakan akronim bagi Majlis Wanita Johor. Kini bangunan ini telah diberi nafas baru sebagai Galeri Tenun Johor yang menempatkan artifak dan sejarah tekstil dan tenun untuk tatapan umum.

Selain ada banyak kain tenun yang cantik-cantik, ada banyak juga barangan menarik di situ. Antaranya adalah peralatan tenunan, seterika arang, barangan kemas dan perhiasan wanita, dan macam-macam. Jom layan gambar!







































Selesai sudah lawatan kami ke Yayasan Warisan Johor dan Galeri Tenun Johor. Bangunannya sebelah-sebelah sahaja, jadi boleh berjalan kaki. Sebelum beransur pulang, pihak galeri sempat lagi bagi kami ole-ole. Seronok budak-budak semua. Dapatlah buat alas perut dalam perjalanan ke Kompleks Kraf Johor pula. Boleh baca pengalaman kami di post berikutnya.


Comments

Popular Posts